Monday, October 29, 2012

Chegubard angry at police for pulling disappearing act

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chief Badrul Hisham Shaharin is upset at the police which he said pulled a disappearing act after a Pakatan Rakyat ceramah was heckled in Johor.

Badrul Hisham, or more popularly known by his blog name Chegubard, said he was a speaker at a DAP-organised ceramah at Sri Alam PAS headquarters in Masai last night.

However, he said that as soon as the programme started at 9pm, a group of 10 to 12 youths locked themselves in a community hall some 50 metres away and drowned their ceramah by blasting recordings of other ceramah.

“The locals identified them as being linked to Umno and the community hall had already been converted to a BN operations room,” he claimed when contacted.

At this, Badrul Hisham said he had repeatedly used his microphone on stage, calling out for the police to act against the provocation but both plainclothes and uniformed police officers mysteriously faded away.

“I called out thrice for the police to come forward and the crowd also called for them but none came forward.
NONE“I was sure there was police there because a plainclothes police officer had set a video camera in front of the stage,” he said.
He added that the harassment had taken place despite the Pakatan ceramah having received the go-ahead from the police two weeks prior to the event.

‘Missing’ video camera stirs police

As anger at the provocation mounted, Badrul Hisham said he had the camera carted away for safety as some in the angry audience had approached it.

Despite the apparent ‘absence’ of police, Badrul Hisham said he later received a call that night from Johor special branch chief Ramli Hassan while en route to Seremban for another event, asking that the camera be returned.

“I explained that I did not steal the camera, I was merely worried for its safety and that I would return it to the police the next day,” he said.

He added that one Inspector Chin from the Sri Alam district police headquarters had also contacted him and he again assured the police that the camera would be returned.

However, Badrul Hisham said he was vexed to find out that police had detained four DAP ceramah organisers until 4am, asking them to convince him to return the camera immediately.
Supporters had also gathered outside the police station in solidarity.

“I called Chin and told him that he was behaving like (Filipino terrorist group) Abu Sayaf, and that he was holding hostage the organisers for the camera but he claimed that they were only there on their own free will… who simply hangs out at the police station?” he said.

Badrul Hisham said he made good on his word and returned the camera at the Seremban Two police station at 11.45am today and was also greeted by a team of police officers from the Sri Alam district headquarters.

“I also lodged a police report about the provocation, the police inaction and the police officer who set up the camera but disappeared when called upon,” he said.

He added that both the Negeri Sembilan and Johor police also recorded separate statements from him which took approximately three hours.

“The police admitted that there were shortcomings that night and have promised to take action.
“If there no action is forthcoming within a week, I will have to lodge a complaint with the Bukit Aman disciplinary division,” he said.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=52998

Tuesday, October 23, 2012

Kes Scorpene: Bapa Altantuya mahu Mahathir diheret sama

Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.



“Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini,” kata Setev dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.

Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu.

Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah.

“Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah.

“Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007,” jelas Setev.

Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini.“Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu,” katanya.

klik sini untuk baca apa yang dipertikaikan dalam pembelian scorpene
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Jika benar pun, Anwar Luluskan Pembelian Scorpene, So What?

TELAH sampai ke pengetahuan penulis bahawa ada isu yang dibangkitkan baru-baru ini mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab yang meluluskan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 1995. Penulis tidak sempat dan tidak ada masa untuk meneliti kebenaran di sebalik dakwaan tersebut, tapi sekadar nak menyebutkan meluluskan pembelian tersebut kerana beliau sebagai Menteri Kewangan, itu tidak membuktikan apa-apa pun. Memanglah Menteri Kewangan meluluskan projek bernilai tinggi di negara ini, itu bukan masalah. Tapi perlu juga dilihat jangkamasa dari keputusan pembelian dibuat sehingga perjanjian pembelian dimuktamadkan. Dalam kes Scorpene, kelulusan didakwa dibuat pada 1995 tapi perjanjian hanya dimuktamadkan pada 2002 – 7 tahun selepas kelulusan diberi!! Dalam tempoh tersebut, banyak yang sudah berlaku, banyak juga butiran pembelian yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan Anwar sendiri pada 1995, berbeza sewaktu perjanjian dimuktamadkan pada 2002. Paling tidak nilai sudah berubah kerana inflasi dan tukaran wang asing semasa pada 2002. Yang dijadikan isu oleh Suaram sekarang ini (bukan Pakatan Rakyat), tidak ada kaitan dengan kelulusan yang diberikan pada 1995 kerana itu hanya blanket approval – perincian lain hanya dimuktamadkan sewaktu perjanjian ditanda tangani. Mungkin ada kesilapan di sana sini oleh Suaram dalam menengahkan hal ini, tapi itu tidak bermaksud, sesiapa wajar mengaitkan pembelian ini dengan Anwar. Peranan Anwar dalam hal ini hanyalah membantu Suaram, sekadar yang beliau tahu untuk mengukuhkan pendakwaan kes ini di Perancis nanti. Nampak sangat pihak yang cuba menyeret Anwar ke dalam skandal ini agak kurang cerdik, bahasa kasarnya, bodoh. Perkara itu tidak membuktikan atau menjelaskan apa-apa. Anwar dipenjarakan selama hampir 6 tahun, sepanjang tempoh itu beliau tidak tahu perkembangan semasa dalam soal pembelian ini. Penulis bagaimanapun tidak nampak bagaimana soal ini mampu menjejaskan imej Anwar. Memang selama hari ini beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan, mengesahkan beliau tahu tentang pembelian kapal selam ini sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Banyak benda dan perkara yang diuruskan Menteri Kewangan ini, agak mustahil untuk beliau ingat setiap butir perkara yang pernah diluluskannya atas kapasiti tersebut, apatah lagi perkara itu berlaku hampir 20 tahun dulu!! Hanya sebab bekas Setiausaha Sulit sebut, belum tentu betul.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=51508

Bersedia untuk turun ke jalan atau kena tipu lagi



Kenyataan Umum


23 Oktober 2012




 

BERSEDIA UNTUK KE JALANRAYA ATAU DITIPU





Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti - parti politik atau aktivis yang melawan regim nampaknya juga sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.





Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar biar hancur tulang namun Putrajaya harus dipastikan tidak terlepas. Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan. Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi. Klik sini lihat penipuan janji Najib.

Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.





PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.Klik untuk baca lanjut.





Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.



antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.




Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.



Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?


Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.




H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.



Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.



Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.


Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.


Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki.




Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,






Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.





Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.





Perlu usaha serius dari semua pihak ! Satu juta ke jalanraya "bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"



Sekian


 

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Penangguhan menggantikan 'Nuri' memangsakan tentera Malaysia

Helikopter Nuri atau Sikorsky S-61A-4 kali pertama diterbangkan pada tahun1959. Pada tahun 1961 ia telah mula digunakan oleh tentera laut Amerika. Pada tahun 1968 Angkatan Tentera Malaysia telah membeli beberapa unit Helikopter terpakai Sikorsky S-61A-4 ini dan dengan sedikit pengubahsuaian dan kemudian diberi gelaran Nuri. Sememangnya satu ketika Helikopter ini antara yang tercanggih dan pernah digunakan oleh Presiden Amerika. Namun sesuai dengan perkembangan teknologi, maka peranan 'Nuri' dalam Tentera Amerika telah diambil oleh SH-60 Sea Hawk pada sekitar 1990-an.

 
Nuri milik Malaysia burung besi yang dibeli '2nd hand' sudah terlalu uzur. Sejak dibeli sehingga beberapa bulan lalu ia makin kerap memakan nyawa prajurit negara. Negara hilang prajurit bukan lagi kerana 'syahid' di medan perang tetapi dikorbankan kerana uzurnya peralatan pertahanan negara. Pernah diceritakan oleh seorang, Yusri, teman bekas tentera yang sama menjadi Guru Pelatih di Maktab Perguruan Raja Melewar (kini IPRM) menceritakan bagaimana tentera Australia yang menjalankan latihan bersama menggigil ketakutan ketika menaiki Nuri semasa operasi latihan bersama. Tentera asing itu tidak langsung terfikir bagaimana helikopter uzur itu masih digunakan oleh angkatan tentera.

Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopterSikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.com


  • 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.

  • 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.

  • 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.

  • 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.

  • 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.

  • 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.

  • 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.

  • 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.

  • 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.

  • 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.

  • 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.

  • 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.

  • 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.

  • 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.

  • 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.

  • 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.

  • 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.

  • 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.

  • 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]


Maka kononya kerana menginsafi dan menyesali siri kejadian tersebut makamaka pada 18 Julai 2007, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.

Pada 27 September 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Pengumuman ini mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Mungkin bagi mereka sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan burung besi usang, Nuri.

Malangnya, regim Bn tidak pernah serius membela nasib rakyat, semuanya ada udang di sebalik batu. 'deal' pembelian EC725 Cougar pengganti Nuri dipenuhi najis Rasuah. ratusan juta wang rakyat akan hangus kerana deal ini.

Lim Kit Siang mendedahkan dalam sidang parlimen bagaimana India mendapatkan 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama sebaliknya Malaysia hanya mendapat 12 buah. Manakala Majalah Pertahanan www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah dari Malaysia. sila klik untuk baca

Hal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini. sila klik untuk baca

 
Mengenai harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setiausaha Kementerian, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Lebih memeranjatkan lagi, ketika berucap di Parlimen Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog. Tetapi sebaliknya 'pelik bin ajaib' pembelian pakai tengok katalog ini dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf oleh Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) sebagai ikut prosedur.

Rakyat mula marah, nampaknya Regim Bn silap kira-kira ia tak semudah menghisap darah ketika membeli Sukhoi dan Scorpene. Ketika membeli scorpene rakyat senyap kerana terlelap. Ketika beli sukhoi rakyat mula merungut tetapi ditipu kononya mahal kerana termasuk harga hantar rakyat Malaysia membuat kajian angkasa walaupun sebenarnya Sheikh Muzaffar melancong ke angkasa.

Kali ini regim benar panik apabila rakyat sudah buka mata. 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya. Kononya kerana ekonomi antarabangsa tidak stabil. Katanya keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.

Pelik pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat, lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC akan bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.

Lebih pelik lagi 7 hari sebelum Abdullah mengumumkan pembatalan (21 Oktober) Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Najib yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara. Kenyatan tersebut seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter. Kalau benar Mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan pada 14 Oktober sudah membatalkan pembelian tersebut mengapa Najib masih mengeluarkan kenyataan mendukong usaha pembelian. Tidak mungkin Najib selaku Menteri Kewangan tidak tahu mengenai keputusan pembatalan. Siapa menipu Najib atau Abdullah ? Adakah ini menunjukkan krisis serius dalam pentadbiran negara...?

Ini 'high profile game' yang tak terjangkau dek penganalisis kedai kopi. Tetapi yang pasti ratusan juta wang rakyat jadi taruhan.

Malah bukan itu sahaja keputusan membeli pengganti Nuri tanpa ujian fizikal sepenuhnya yang serius umpama menggadaikan nyawa perajurit negara. Ingat idea membeli helikopter baru ialah kerana mencari pengganti Nuri kerana Malaysia sudah tidak sanggup kehilangan nyawa perajurit di luar medan perang lagi. Malangnya usaha pembelian yang kotor dengan korupsi umpama melarikan perajurit negara dari mulut harimau dengan meletakkan mereka ke mulut buaya.

Kini kerana skandal yang terbongkar pembelian 'ditangguhkan'. Ini juga bermaksud terus membenarkan Nuri si burung besi uzur terus membunuh nyawa perajurit negara.

Yang ditentang oleh rakyat ialah harga pembelian yang merapu dan proses pembelian tanpa ujian penuh ..... rakyat amat memahami keperluan memiliki pengganti Nuri..... tetapi yang difahami oleh regim Bn ialah setiap pembelian perlu ada komisyen, jika proses komisyen tertangguh tangguh dahulu.

sila baca juga posting lama mengenai Tragedi Nuri klik sini

Najib mengarut cuba perdaya TLDM lindungi 'jenayah Skandal Scorpene'

Tulisan Umum

23 September 2012

NAJIB PANIK DAN CUBA PERDAYA TLDM LINDUNGI 'JENAYAH SEBALIK SKANDAL SCORPENE'

Merujuk laporan media Utusan Malaysia bertarikh 19 Oktober 2012 yang melaporkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh kononya 'pembangkang' mempolitikkan isu Scorpene dan menghina TLDM.

Kenyataan ini beliau ungkapkan ketika berucap di dalam Majlis Mesra warga TLDM bersama PM 18 Oktober lepas di Lumut, Perak.

Perdana Menteri Malaysia ternyata panik terhadap pendedahan - demi pendedahan yang dilakukan dan mahu memperdaya warga TLDM bagi melindungi 'jenayah' disebalik pembelian Scorpene.

Perlu difahami pendedahan isu skandal scorpene bukan hanya dilakukan oleh pembangkang atau pihak pakatan rakyat sahaja tetapi ia turut diusahakan oleh perbagai peringkat masyarakat sivil dalam dan luar negara kini.

Mempertikaikan pembelian senjata bukan menghina anggota tentera tetapi sebaliknya tindakan bertanggungjawab untuk memastikan anggota tentera Malaysia dilengkapi sistem persenjataan yang terbaik. Yang menghina anggota tentera sebernarnya ialah pihak yang sanggup membeli perlatan tentera tidak berkualiti atau membiarkan anggota tentera menggunakan perlatan lapok sebaliknya mereka diatas mewah kerana komisyen rasuah pensenjataan yang amat besar nilainya.

Tahun 2008 lagi dalam blog cheGuBard.blogspot.com (klik sini untuk baca lanjut) telah ditulis catatan mengenai berapa banyak anggota Tentera dan keluarga yang dizalimi kerana terlalu ramai anggota tentera yang meninggal kerana kemalangan Helikopter Nuri yang uzur bukan kerana perang. Khabar perancangan untuk membeli helikopter EC725 Cougar sedikit menggembirakan warga tentera namun semua terpaksa ditangguhkan kerana rasuah dan salahguna kuasa.

Masyarakat sivil bangkit membongkar skandal persenjataan negara bukan kerana mahu menghina tentera tetapi menyedari betapa pentingnya tentera dilengkapi persenjataan terbaik untuk menjaga kedaulatan negara.

Dalam perihal kapal selam scorpene contohnya yang dipertikaikan ialah rasuah dan komisyen yang melampau kerana jika tanpa rasuah itu sudah tentu bukan sahaja wang negara dapat diselamatkan tetapi tentera juga mampu dilengkapkan dengan sistem persenjataan yang terbaik.

Ringkasan kes scorpene -

  • pembelian dibuat pada tahun 2002 dengan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan French DCNS dan Spanish Navantia, manakala selepas 7 tahun barulah kapal selam tersebut tiba di Malaysia 2009

  • yang dipertikaikan ialah kos pembelian kapal selam bernilai RM 2.14B pada tahun 2002 dan RM 5.43B pada tahun 2008.

  • TLDM boleh sahaja punya kepakaran dalam perihal kapal selam tetapi Menteri Pertahanan (Najib Razak) telah menghantar PERIMEKAR (syarikat Razak Baginda dan Isterinya) untuk menjadi orang tengah dan akhirnya syarikat kawan baik Menteri Pertahanan ini, PERIMEKAR telah mendapat komisyen RM540j kerana Kementerian yang kawan baiknya Menteri setuju beli Kapal Selam. Apa pengetahuan Razak mengenai Kapal Selam ? dengan menafikan peranan TLDM dalam meneliti pembelian Kapal Selam ini tidakkah ia menghina TLDM. Bukan Razak yang nak guna kapal selam tetapi TLDM

  • Kos pembelian agak tidak munasabah

    • Kapal Selam kosong  RM5.43B

    • Komisyen RM540j

    • Pakej latihan guna Kapal Selam RM150j

    • Senjata (kapal dibeli tanpa senjata) 40 Exocet & 30 Black torpedo RM890j

    • Maintenance sehingga RM600j setahun

    • Jumlah wang yang dibelanja setakat ini RM7.58B untuk punya kapal selam terpakai dan jumlah ini akan meningkat RM600j setiap tahun.



  • Bujet 2012 meluluskan kontrak RM600j setahun untuk 'support service' kapal selam ini

  •  Zahid Hamidi, menteri Pertahanan sekarang dalam parlimen menyatakan pembelian kapal selam tidak masuk senjata dan negara harus bayar tambahan RM890j untuk 40 unit Exocet sm39 missile dan 30 unit Black Shark Torpedo yang hanya akan sampai 2013 sahaja.

  • Febuari 2010, sumber dalam Kementerian Pertahanan sendiri memberitahu Kapal Selam itu tidak boleh menyelam hanya selepas usaha pembaikan yang memerlukan belanja besar sahaja kini Kapal Selam itu boleh menyelam.

  • April 2012, SUARAM telah fail aduan kepada Sistem Kehakiman Peranchis, aduan tertumpu kepada pembayaran komisyen yang bersifat rasuah kepada PERIMEKAR

  • 2 tahun pihak pendakwa (prosecutors) membuat siasatan awal dan pejabat DCNS, Thales dan beberapa pihak terbabit membeli kapal selam diserbu oleh pihak berkuasa Peranchis dan beberapa dokumen dirampas antaranya kontrak DCNS- MiNDEF, MOU, Invois Bank dan beberapa dokumen berkaitan.

  • Inquiri Jenayah bermula pada 16 Mac 2012 di Tribunal De Grande Instance.

  • 2 hakim dinamakan untuk mendengar iaitu Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire.

  • SUARAM selaku pengadu telah memberikan kenyataan depan hakim pada 19 Apil 2012

  • Hakim setuju memanggil 7 orang yang dinamakan sebagai saksi oleh SUARAM iaitu Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan sekarang), Najib Razak (bekas Menteri Pertahanan ketika pembelian kapal selam), Razak Baginda, Bapa Altantuya Shatev Sharibu, Lodin Wok Kamarudin, Balasubramaniam dan Jabir Sigh Chahl.

  • 153 dokumen telah disenarai sebagai bahan siasatan antara dokumen yang menarik ialah

    • dokumen 87 -Najib sebagai Menteri Pertahanan telah membuat permintaan sebanyak 1Billion untuk 'komisyen' kepada PERIMEKAR dalam urusniaga kontrak kapal selam.

    • dokumen 97 - dokumen membuktikan wujud satu lagi syarikat selain PERIMEKAR iaitu syarikat TERASASI yang berpengkalan di Hong Kong yang dipercayai menerima komisyen Euro 42 Juta. Setelah diteliti TERASASI ialah syarikat milik Razak Baginda dan bapanya.

    • turut dirampas di pejabat THALES ialah dokumen rahsia ketenteraan milik TLDM yang dikirim TERASASI. Bagaimana dokumen sulit ini berada ditangan pihak asing ? Ini pengkhianatan jelas dan telah berpuluh laporan polis dibuat namun semua senyap.

    • Menayas, Pegawai DCNS telah mengakui telah membayar tidak kurang dari RM120 juta kepada pegawai - pegawai di Malaysia dalam perbagai bentuk komisyen/hadiah dan ini diluar komisyen besar yang disebut.

    •  wujud juga dokumen yang menyebut secara jelas kewujudan Altantuya Sharibu yang terlibat dalam pertemuan tertutup membincangkan pembelian Kapal Selam.





  • Menyedari proses perundangan sedang berlaku maka Najib yang pada peringkat awal sombong mula menyatakan 'no comment', Zahid yang sombong berani ke Peranchis untuk berdepan mahkamah mula berubah nada dengan 'tidak akan bazirkan wang rakyat untuk ke Paris'


Maka jelas jika media berani melaporkan kesemua perkara ini maka warga TLDM, Warga tentera Malaysia sedar bahawa mereka sekarang ini sedang dikhianati. Seluruh rakyat perlu sedar.

ikuti sambungan tulisan umum ini yang akan menulis secara 'detail' mengenai misteri pembunuhan melibatkan kontrak pembelian senjata dan juga menerangkan Jelajah Le Tour De Scorpene Scandal

ditulis oleh che'GuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan yang juga merupakan penulis buku Misteri Disebalik Pembunuhan Altantuya

Friday, October 19, 2012

SUARAM - SAMM ke tengah rakyat persembah bukti dokumen Skandal Kapal Selam

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di bawah ialah salinan Fax dari Peranchis yang jelas membuktikan proses perundangan sedang berjalan di Peranchis berkaitan dengan kapal selam. Mustahil Suaram berani tampil jika tidak ada dokumen dan bukti.

Regim ketakutan menggunakan media dan segala aparat untuk mengalihkan perhatian dengan isu dana asing, isu Suaram haram dan yang terbaru tidak ada perbicaraan kononya.



dokumen fax ini sebahagian daribanyak dokumen , bukti dan fakta yang akan dikongsi secara exclusive bersama dengan peserta taklimat tertutup bersama peguam kes Scorpene. Taklimat ini terbuka kepada semua pimpinan parti politik dan NGO. Telah dihantar jemputan seperti dibawah kepada semua.



Kepada :

Pimpinan Parti Politik (PAS / DAP / PKR / PSM / PRM ) dan Pertubuhan bukan kerajaan

Jemputan Taklimat oleh Pasukan Peguam Scorpene

Kes skandal pembelian kapal selam Scorpene merupakan isu yang cukup ditakuti regim Bn kerana ia melibatkan perbagai isu dari aspek keselamatan, penjualan rahsia negara sehinggalah rasuah dan ia juga melibatkan para pemimpin tertinggi negara. Perbagai usaha regim terdesak untuk menutup isu ini dan mengelirukan rakyat dengan memberikan maklumat yang salah. Namun tidak ramai penceramah / pimpinan yang mampu menguasai isu ini dengan baik dan menyampaikan kepada rakyat. Untuk itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan ini akan mengadakan satu sesi taklimat tertutup bersama pasukan peguam berkenaan dengan skandal pembelian kapal selam scorpene ke seluruh negara dengan menyasarkan sekurang kurangnya 250 penceramah yang menguasai isu ini mampu dihasilkan dalam fasa satu ini. Sesi taklimat tertutup akan dikendalikan mengikut Zon oleh pasukan peguam scorpene sendiri. 21 Oktober (Zon Utara), 4 Nov (Zon Selatan) dan 10 Nov (Zon Pantai Timur) dijadualkan untuk fasa pertama ini. Selain Ceramah umum pada tarikh tersebut.

Kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program di tiga zon tersebut amat dihargai.

Sehubungan dengan itu semua pimpinan / penceramah parti politik dan NGO di zon utara (Perak / P.Pinang / Kedah / Perlis) dijemput untuk sesi taklimat seperti maklumat berikut :
Tarikh : 21 oktober 2012 (Ahad)
Masa  : 12 tengahari - 2.00 petang
Tempat : Yayasan Aman, Penanti


Mohon semua agar dapat menghantar pimpinan yang mampu berceramah dan mewakili organisasi masing - masing.

Taklimat akan menggunakan video, akan didedahkan semua fakta dan dokumen berkaitan termasuk yang sulit. Semua peserta akan mendapat kit ceramah lengkap mengenai isu ini yang mengandungi fakta serta bahan bukti bagi membolehkan mereka menerangkan kepada orang ramai.

Untuk maklumat lanjur sila klik http://chegubard.blogspot.com/2012/10/samm-bersama-suaram-akan-lancar-jelajah.html

Tempat terhad kepada 100 orang sahaja. Bagi yang bakal menghadiri sila email ke chegubard@gmail.com atau sms 0176688404 butiran seperti nama / no tel / email / jawatan / organisasi sebelum 20 Oktober 2012 . Bertindak segera untuk mendapatkan peluang terhad mendapatkan maklumat isu penting negara dari pihak yang terlibat secara langsung sendiri.

Sekian dan Terima Kasih

cheGuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan



Bagi yang tidak mendapat jemputan dan mahu hadir sila hantar email / sms ke nombor telefon atau email yang dinyatakan di atas.

Malamnya nanti jangan lupa.
Ceramah Umum : Jelajah Skandal Scorpene

menampilkan :

- YB Datuk Dr Mansor Othman
- wakil DAP

- Ybhg Ust Rosdi (Pengarah Pilihanraya PAS PP)

- che'GuBard (SAMM)

- Amir (Ket.AMK PP)

- peguam kes Scorpene

Tarikh : 21 Okt 2012

Masa  : 9.00 malam

Tempat : Padang Awam, Teluk Air Tawar Indah, Tasek Glugor



(sebarkan)

Zon Selatan 4 Nov , Zon Pantai Timur 10 Nov

Satu Malaysia dahulu ? Khairy hipokrit !

Kenyataan Umum
18 Oktober 2012

Khairy hanya salinan pimpinan pemuda Bn yang hipokrit dan bercakap ikut khalayak

Membaca laporan media mengenai forum pembangunan ekonomi anjuran Alumni Chevening Malaysia yang melaporkan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menyebut kononya bagi beliau satu Malaysia dahulu baru Melayu semua pasti dapat melihat betapa hipokritnya pimpinan Umno ini.

Dia hanya 'salinan' pimpinan Umno yang lain yang hanya bercakap dalam bahasa yang mampu memukau penonton berdasarkan khalayak.

Kita tidak akan lupa ucapan Khairy yang berbunyi  "...... jika Umno lemah, kaum Cina akan mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai tuntutan"yang jelas menunjukkan sikap perkauman menebal dalam satu program Umno di Kedah.

Kita juga tidak boleh terlupa bagaimana pemuda Umno dibawah beliau mewujudkan laman sosial yang mengecam dan menghina agama lain bertujuan mewujudkan suasana kurang senang antara agama untuk kepentingan politik mereka. Walaupun Khairy menafikan pada peringkat pemulaan termasuk mengarahkan pemuda Umno membuat laporan polis tetapi akhirnya dia sendiri mengeluarkan kenyataan berbelit - belit apabila dia terperangkap kerana dikesan pernah melakukan komunikasi dengan pengendali laman sosial tersebut. Akhirnya pemuda Umno meminta maaf secara sorok-sorok. untuk baca lanjut klik sini Khairy Kantoi dan Laman Umno pun kata Kj menipu isu FB

Itu belum lagi menyebut bagaimana dia menggunakan sentimen anti penghinaan terhadap Rasullullah untuk membuat himpunan tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan 'perkauman' meminta PAS meninggalkan PR kerana ramai orang cina dalam PR. klik sini Khairy dicabar umum Pemuda Bn tak perlu undi Cina.

Kenyataan Khairy yang kononya mendahulukan satu Malaysia hanya kenyataan hipokrit mengikut khalayak pendengar semata - mata. Inilah cara pemimpin Bn bergerak dengan sentiasa bermuka - muka dan menggunakan taktik ular kepala dua. Klik sini untuk baca taktik ular kepala dua .

Contohnya kini jelas dalam kes Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang menghina Islam dengan menulis melalui akaun twitternya yang menghina tuntutan menutup aurat dengan menyifatkan lelaki kena berseluar pendek supaya gay jangan teransang dan jika PAS kuasai Putrajaya maka mutu sukan negara akan merudum kerana atlet kena pakai menutup aurat. Khairy selaku Ketua Pemuda Umno dituntut menyatakan pendirian dan organisasi Pemuda Bn mahupun Gerakan dicabar mengambil tindakan terhadap Tan Keng Liang.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

SAMM Terengganu terus giat ABC


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda progresif bukan hanya tertumpu kepada isu politik kepartian namun ia meliputi perbagai isu berkaitan negara khususnya yang terkait anak muda.

Contohnya SAMM Terengganu baru -baru ini telah bersama anak muda Terengganu melancarkan ABC (Asalkan Bukan Che Mat Jusoh). Ini bertujuan mendesak perubahan kepimpinan sukan bolasepak Terengganu dirobah setelah melihat persatuan dibawah Che Mat Jusoh begitu lemah hingga mengakibatkan prestasi pasukan bolasepak negeri penyu tersebut yang satu ketika menjadi pasukan gergasi kini malap. Menggunakan skill dan pengalaman kempen awam maka ABC digerakkan sehingga menjadi fonomena di Terengganu.

Dalam keadaan sektor sukan lain menyinar sehingga menjadikan Terengganu pemacu SUKMA sebaliknya dari pasukan bolasepak agak tertinggal. Bertolak dari itu SAMM Terengganu bersama ormas muda yang lain menggerakkan ABC. ABC bukan isu politik kepartian tetapi adalah usaha anak muda Terengganu memastikan maruah pasukan bolasepak Terengganu dikembalikan kegemilangannya.

Tahniah buat SAMM Terengganu !

Tuesday, October 16, 2012

Laporan polis terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah

Tan Keng Liang dalam akaun Twitternya mempersenda dan menghina arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEREMBAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan hari ini membuat satu laporan polis ke atas Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang didakwa mempersenda dan menghina arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.

Penyelaras Bersama SAMM Negeri Sembilan, Norazizi A Aziz berkata ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam papan iklan (billboard) hanya memaparkan model berpakaian sopan.

“Semalam kira-kira 11.00 pagi saya telah terbaca satu Twitter dari akaun Tan yang mempersenda dan menghina arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.

“Twitter Tan benar-benar ‘kurang ajar’ dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki ‘jambu’ di dalam PAS terangsang.

“Malah Tan lebih ‘kurang ajar’ apabila berkata seandainya jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang.

“Tan bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam.

“SAMM mendesak polis membuka kertas siasatan dan Tan perlu ditahan dan telefon bimbitnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya, “ kata Norazizi.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad.

Berikut salinan kandungan Twitter Tan Keng Liang yang diedarkan kepada pihak media.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Now, Kedah PAS govt advise Male model appearing in Billboard to wear decently & not to wear shorts. Why? Afraid ‘jambus’ in PAS get aroused?

“Imagine what will happen if PAS seize Putrajaya ….all Malaysian atheletes, incl non- Muslim must wear long pants & shirt with sleeves