Friday, November 23, 2012

SAMM desak Bn batalkan jemputan penjenayah perang

Kenyataan Umum

24 November 2012

SAMM DESAK Bn BATALKAN JEMPUTAN PENJENAYAH PERANG (RAJAPAKSA) KE MALAYSIA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cukup  rasa terhina dan malu sebagai warga Malaysia apabila mendapat tahu regim Bn telah menjemput seorang penjenayah perang yang telah terlibat dalam penghapusan etnik ke Malaysia. Penjenayah Perang yang dimaksudkan adalah, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa yang akan hadir sebagai Tetamu Kehormat Kerajaan Malaysia untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia yang akan diadakan di Johor Bahru dari 4hb Disember sehingga 6hb Disember 2012.















Rajapaksa, Presiden Sri Lanka ini merupakan watak terpenting dalam perang yang mengorbankan lebih daripada 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009. Dokumentari “Sri Lanka Killing Fields” yang diterbit oleh Channel 4, UK telah membongkarkan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Sri Lanka terhadap orang awam berketurunan Tamil yang terperangkap di dalam zon perang di Utara-Timur Sri Lanka. Tentera Sri Lanka sengaja menyerang sasaran awam seperti kawasan Hospital dan kawasan perumahan dengan tujuan untuk membunuh seberapa banyak orang Tamil yang boleh. Tentera Sri Lanka telah menjalankan satu operasi penghapusan kaum – ethnic cleansing semasa penghujung perang di antara Pasukan Tentera dan LTTE pada tahun 2009 itu. Tentera Sri Lanka melakukan segala perbuatan yang kejam itu oleh kerana arahan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Sebagai Komander Utama Tentera Sri Lanka, Mahinda Rajapaksalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kezaliman yang telah dilakukan ke atas orang-orang Tamil di Sri Lanka.

















PULUHAN RIBU ORANG AWAM TELAH DIBUNUH DENGAN KEJAM


Kerajaan Sri Lanka pimpinan Mahinda Rajapaksa telah melanggar segala konvensyen berkaitan dengan hak asasi manusia sejagat dan telah menggunakan segala cara untuk menghapuskan orang-orang Tamil di Sri Lanka. Semasa penghujung perang di antara Tentera Sri Lanka dan LTTE, tentera Sri Lanka telah memerangkap sejumlah orang berketurunan Tamil di dalam “zon keselamatan tertinggi” yang sepatutnya menjadi zon tiada tembakan, dan telah membunuh mereka beramai-ramai dengan mengugurkan bom cluster yang telah diharamkan. Manakala, kerajaan Sri Lanka juga telah memberi tekanan kepada segala pihak ketiga seperti badan-badan bukan kerajaan termasuk ICRC – Persatuan Bulan Sabit Merah Sedunia untuk meninggalkan zon perang, tanpa memberikan apa-apa bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang. Malah, Agensi-agensi UN sendiri telah dipaksa meninggalkan zon perang. Para wartawan telah dihalau keluar, supaya tiada ada saksi untuk segala jenis jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap orang Tamil di zon perang itu. Maklumat ini disahkan oleh satu laporan dalaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah bocor baru-baru ini.  http://www.guardian.co.uk/world/2012/nov/14/report-damns-un-sri-lanka


Pada bulan Jun lepas, Presiden Sri Lanka ini disambut dengan tunjuk perasaan dan dia terpaksa membatalkan program ucapanya di London. Manakala beberapa kes telahpun difailkan ke atas Penjenayah Perang ini di mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat dan United Kingdom. Mana-mana Negara yang mencintakan keamanan dan hormati hak asasi manusia tidak akan mengalu-alukan kedatangan Penjenayah Perang ini. Harus diingat kedatangan Penjenayah Perang ini ke Malaysia akan berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menandatangani Perjanjian Hak Asasi Asean di Cambodia dua hari yang lepas.






















TIADA PERBEZAAN ANTARA MAHINDA RAJAPAKSA, BENJAMIN NETANYAHU & EHUD BARACK


Kerajaan Sri Lanka tiada bezanya dengan rejim Zionis di Israel. Kedua-dua rejim ini dengan angkuh membunuh puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa untuk mencapai matlamat mereka. Tatkala, pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap suara orang-orang Tamil (yang menjadi susur galur keturunan kebanyakan masyarakat India di Malaysia),pada Sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada awal tahun ini masih lagi segar di ingatan orang-orang Tamil Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional sudah bersedia untuk mengkhianati dan melukakan perasaan orang-orang Tamil di Malaysia dengan menjemput Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia. Menjemput Mahinda Rajapaksa adalah sama seperti menjemput Benjamin Netanyahu ataupun Ehud Barack ke Malaysia. Kesemua mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut yang sanggup membunuh orang-orang yang tidak berdosa demi mencapai matlamat mereka.


Sehubungan dengan itu SAMM mendesak Bn agar tidak memalukan negara dengan membenarkan penjenayah perang sekejam Rajapaksa memasuki negara ini.Kerajaan Bn selaku penguasa di Malaysia (buat sementara ini) yang menjadi Tuan Rumah bagi Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-8 yang akan diadakan di Johor Bahru,membatalkan hasratnya untuk menjemput Penjenayah Perang Mahinda Rajapaksa sebagai Tetamu Kehormat.

Jika Bn masih berdegil untuk meneruskan jemputan Rajapaksa ia satu penghinaan terhadap kedaulatan rakyat dan negara ini dan tindakan pekak tidak langsung menghormati suara dan sensitiviti rakyat. SAMMmengajak semua anak muda bangkit menyatakan pendirian dengan berani dan jelas. Batalkan jemputan atau menerima protes jalanraya besar dan hukuman di peti undi dalam PRU yang bakal menjelang.

Tidak membatalkan jemputan akan membuktikan regim Bn ini tidak langsung menghormati atau memahami jalinan sejarah susur galur saudara kita yang sama membentuk Malaysia dan menguatkan hujah regim ini hanya pewaris regim penjajah British meneruskan penindasan dan ketidak pedulian penguasa kepada rakyat yang diperintah, hanya memihak pada jaringan penguasa dan pemodal besar diperbagai negara.

SAMM kini sedang menyusun dan merangkaiankan jaringan anak muda termasuk dibawah gabungan “Tamil Youth Action Force” akan menggerakan anak-anak muda di seluruh Malaysia, untuk berhimpun dan membantah kedatangan “Living Hitler” Mahinda Rajapaksa ke Malaysia.Orang ramai perlu faham isu ini bukan isu orang India (baca; Tamil) semata,ia isu kemanusiaan dan kezaliman yang harus ditentang habis habisan.

Sedia untuk aksi besar bantah kehadiran penjenayah perang dalam masa terdekat !

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Memali Kerajaan Malaysia mengaku salah ?

Tanggal 19 November - Peristiwa Memali Yang Sukar DiLupakan!

Peristiwa 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah, Utara Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim BN untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik!

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun. Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar di kalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya.

Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari seakan ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera.

Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan media utama negara bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar.

Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang menghantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa di hadapan mereka bukanlah Komunis.

Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama di belakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr. Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumpahan darah khasnya orng ramai.

Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan di kalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh.

Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “Abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “Abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Di dalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’.

Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ Ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid.

Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Wajah mereka yang tenang menghadap Allah ditambah pula dengan bau wangi yang dapat dihidu oleh orang-orang yang menguruskan jenazah mereka. Esoknya, media yang dikawal pemerintah pun menyiarkan berita operasi ini dengan versi pemerintah. Ust Ibrahim dan rakan-rakan dicap sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam). Bagi PAS yang mempunyai lidah rasminya sendiri iaitu akhbar Harakah memperbetulkan pula berita tersebut. Selepas itu, ribuan umat Islam dari seluruh pelusuk Malaysia bergegas ke Kg. Memali menyaksikan sisa-sisa dosa pemerintah ke atas pejuang Islam.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan.

Hari ini, genap 27 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al Fatihah buat para syuhada'....

(artikel diperolehi dari email seorang komrad)

Ketua Pembangkang Selangor cetek akal ?

Mengikuti ucapan Ketua Pembangkang DUN Selangor semalam. Tulang Besi hairan. Adakah Tulang Besi semalam mendengar ucapan Ketua Pembangkang ataupun Laporan Bulletin Utama TV3?
Ini kerana segala pembohongan dan penipuan yang telah dijawab di dalam dewan yang mulia sebelum ini, diulang kembali oleh beliau.
Misal yang paling jelas adalah isu pengurusan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta. Dua kali Ketua Pembangkang menjadikan itu sebagai contoh korupsi dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Namun, sewaktu sidang SELCAT berkaitan pasir tempohari, Ketua Pembangkang serta Pengerusi BN tidak langsung berani untuk hadzir jauh sekali untuk menjadi saksi. Ertinya tanpa disedari Ketua Pembangkang telah memalukan diri beliau sendiri.
Ketua Pembangkang juga mempersoalkan kenaikan perbelanjaan kerjaan negeri menurut Belanjawan yang baru dibentangkan oleh MB. Malangnya, Ketua Pembangkang tidak menyebut bahawa belanjawan yang baru ini adalah belanjawan seimbang. Juga, beliau tidak sebut jumlah simpanan kerjaan negeri bertambah dari setahun ke setahun sekaligus menunjukkan kerajaan negeri mampu mentadbir kewangan dengan baik. Ertinya Ketua Pembangkang tidak mampu mencari apa-apa kelemahan dalam ucapan Belanjawan Negeri Selangor yang baru dibentangkan itu.
Tampaknya juga seperti tiada perkara membina dalam ucapan Ketua Pembangkang Selangor. Sedari mula lagi nampak seolah-olah Ketua Pembangkang Selangor iri hati dengan Tan Sri Menteri Besar. Ini kerana Tan Sri Menteri Besar adalah seorang graduan lepasan universiti serta seorang tokoh korporat yang berjaya. Tan Sri Khalid adalah lulusan UM serta University of Queensland.
Manakala Ketua Pembangkang Selangor mengaku mempunyai ijazah PhD. Namun, sumber ijazah kedoktoran beliau sehingga hari ini masih dipersoalkan.

Ucapan Ketua Pembangkang yang serba pendek itu sepatutnya dipenuhi dengan fakta yang jelas. Sepatutnya Ketua Pembangkang berhenti mengulangi propaganda2 yang ditaja oleh Biro Penerangan UMNO. Kerja propaganda adalah kerja media2 picisan seperti TV3 dan Utusan Malaysia. Bukan tugas Ketua Pembangkang kerana Ketua Pembangkang dibayar gaji oleh rakyat, bukan UMNO.
Hairan juga kenapa ucapan Ketua Pembangkang begitu pendek. Sewaktu arwah Ustaz Fadzil menjadi Ketua Pembaangkang di Parlimen, pernah ucapan arwahnya selama dua hari berturut-turut lantaran ucapan Ketua Pembangkang tiada had masa.

Kasihan rakyat Selangor mempunyai Ketua Pembangkang yang akalnya cetek. Hanya menjadi seperti burung kakak tua kepada UMNO Pusat dan bukannya berucap bagi pihak rakyat Selangor.

Wednesday, November 21, 2012

Apa Motif Kerajaan BN Pasang AES Sedangkan Ia Tidak Bantu Kurangkan Kemalangan?



Rejim Umno/BN berkata,kamera AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di malaysia. Ini salah satu langkah mereka untuk mencegah kes-kes kemalangan jalan raya yang banyak berlaku di negara kita ini. Untuk pengetahuan semua,Australia adalah negara yang membangunkan teknologi AES ini. Kesimpulannya,kroni UMNO/BN iaitu Beta Tegap Sdn.Bhd mengguna pakai teknologi sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia (syarikat Redflex Traffic System).
Merujuk kepada pendedahan KASE, Kerajaan Australia sendiri telah memadam 38 kamera AES kerana kegagalan mengurangkan kadar kemalangan berdasarkan laporan Auditor General Special Report no 85 (Speed Detection Device) Parliament Of Tasmania Australia pada 2009.Menteri Jalan Raya New South Wales Australia, Duncan Gay mengakui AES bukan penyelesaian.
Yang menghairankan kita semua,apa motif Umno/BN memasang kamera AES ini sedangkan di Australia sendiri,mereka telah mengakui AES ini tidak berkesan. Dan syarikat-syarikat yang dilantik oleh Umno/BN ini juga,bukannya pakar dalam kamera AES ini. Apa motif mereka sebenarnya? Untuk mengkayakan kroni?mencekik duit rakyat?guna duit dari saman AES untuk kempen pilihanraya? Fikirkan! Mungkin ada udang di sebalik batu..

























Sekian,

Caribbean Rebel
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM


Wednesday, November 14, 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua muslimin dan muslimat

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ikhlas mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1434H kepada semua muslimin dan muslimat..
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
"Perubahan itu harus didesak"
ALLAHUAKHBAR...

Monday, November 12, 2012

Selamat Menyambut Hari Deepavali Oleh Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) mengucapkan selamat menyambut perayaan deepavali kepada semua kaum india di malaysia..

Deepavali Naal Vaaltukal :)
#happy deepavali to all indians out there..
have a blast on this festival of light.

Wishing everyone a very Happy Deepavali! May this Festival of Lights brighten your lives with Peace, Good Health, Happiness, Prosperity and lots of fun with family and friends!

Friday, November 9, 2012

Jelajah Anak Muda Selangorku SAMM

Jelajah Anak Muda Selangorku adalah satu program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama SAMM Selangor yang bertujuan menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan negeri selangor terus kepada rakyat selangor yang menetap dikawasan bandar,separa bandar dan luar bandar.Memandangkan maklumat-maklumat penting oleh kerajaan negeri tidak sampai kepada rakyat,Jelajah Anak Muda Selangorku menggunakan cara seperti wayang pacak dan pengedaran risalah terus kepada rakyat di pasar-pasar dan sebagainya.

Jelajah Anak Muda Selangorku kini berada di tapak pasar malam di daerah Sabak Bernam bermula dari pukul 5ptg-9mlm. Turut bersama,Prof.Dr.Aziz Bari yang hadir untuk merasmikan Jelajah Anak Muda Selangorku SAMM. Kaunter Jelajah Anak Muda Selangorku SAMM kini mendapat sambutan yang luar biasa dari pelbagai golongan masyarakat yang hadir ke pasar malam sekarang ini.



 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelancaran Jelajah Anak Muda Selangorku SAMM oleh Prof.Dr.Aziz Bari..



 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jelajah Anak Muda Selangorku SAMM akan berada di lokasi-lokasi tersebut:

14 november 2012(5ptg-9mlm)-Pekan Sekinchan

18 november 2012(5ptg-9mlm)-Pasar Malam Pekan Tg.Karang

20 november 2012(5ptg-9mlm)-Pasar Malam Pekan Sg.Besar

22 november 2012(4ptg-7mlm)-Pasar Petang Merbau Berdarah Sg.Panjang

23 november 2012(5ptg-9mlm)-Pasar Malam Bestari Jaya Kuala Selangor