Saturday, December 15, 2012

Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?










akan terbit satu lagi terbitan sensasi SAMM nantikannyadi pasaran


Arkib berita Utusan 23/8/2008
Ramai orang pakat timbulkan persoalan ini apabila towkey karpet Deepak Jaikishan pecah lubang isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang kini berada di luar negara.

Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala -Malaysiakini
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.

Harakah bil 1801
VIDEO l 14.39 mins

Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula-Karpal -Harakahdaily
 Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012













sebahagian dari peserta dalam sidang pleno resolusi










dalam sidang media selepas selesai sidang meja bulat turut serta Jefery (AMK Sabah)

 

Kenyataan Media

16 Disember 2012

SIDANG MEJA BULAT PENGERAK ANAK MUDA SABAH 2012 HASILKAN 3 RESOLUSI

Pada 15 Disember 2012, secara rasminya SAMM Sabah telah dilancarkan. Sempena pelancaran SAMM Sabah telah diadakan satu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 di Lintas View Hotel, Kota Kinabalu. Sidang meja bulat ini telah dihadiri oleh 50 pengerak anak muda dari perbagai latar berlakang organisasi.

Sidang Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Boby Bin Lewat @ Ewat yang bermula jam 12.00 tengahari telah dirasmikan oleh Datuk Kalakau Untul. Kalakau merupakan Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu, bekas Timbalan Menteri Buruh. Dalam ucapan ringkasnya dia mengimbau pengalaman selaku Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun. Beliau menegaskan betapa anak muda harus duduk sendiri berbincang untuk membuat keputusan demi masa depan negara.

Dalam sidang meja bulat pertama yang mengabungkan anak muda dari perbagai latar belakang politik ini telah berlangsung selama 3 jam dengan menghimpunkan pandangan dan idea dari semua pihak. Telah dipersetujui 3 Resolusi penting dalam sidang meja bulat ini iaitu  :


  • menyedari masalah pendatang tanpa izin yang diberi kerakyatan secara 'pintu belakang' menjadi satu masalah utama yang memberikan impak sosial, ekonomi dan keselamatan kepada Sabah secara keseluruhan. Masalah ini bermula dari pada Projek Kad Pengenalan bawah Dr. Mahathir dan kini semakin parah di bawah Najib Razak. Masalah ini ialah konspirasi penguasa kerajaan pusat untuk terus mengawal dan menjadikan Sabah sebagai simpanan tetap untuk kekal berkuasa. Apabila masalah ini mula disedari maka Kerajaan Pusat dibawah Bn berjanji untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja bagi menyelesaikan isu ini. Namun janji tinggal janji. Pada 29 Julai 2012 Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO dan ahli parlimen Tuaran telah istihar diri keluar Bn kerana tututan Suruhanjaya Di Raja isu Kad Pengenalan kepada orang asing tidak dilayan sekali lagi Najib mengulang janji mengumumkan akan diwujudkan Suruhanjaya Diraja. Namun sehingga kini masih tidak tertunai. Sehubungan dengan itu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 dengan ini memutuskan tidak boleh ada PRU ke 13 tanpa menunaikan janji Suruhanjaya Di Raja Isu ini. PRU tanpa Suruhanraya di Raja isu kad pengenalan ini ialah hanya proses untuk menipu dan meragut hak warga Sabah kerana pendatang yang memegang Kad Pengenalan ini sudah didaftar menjadi pengundi dan jumlahnya hampir sama dengan penduduk asal Sabah yang sah. Sidang Meja Bulat hari ini memutuskan jika PRU 13 tanpa RCI maka semua wajib menolak parti yang bersekongkol dengan parti yang menguasai putrajaya (Bn) walaupun parti itu berwajah Sabah kerana mereka bersengkongkol mengkhianati hak warga Sabah

  • pilihanraya umum akan menjelang ini amat penting demi masa depan politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Rakyat Sabah telah ditindas dan diperbodohkan selama 55 tahun maka kami mengistiharkan PRU akan datang ini bukan perlawanan parti politik melawan parti politik tetapi kuasa rakyat melawan Barisan Nasional. Jesteru itu semua parti politik yang melawan Bn wajib sekarang untuk duduk semeja berunding ke arah satu lawan satu. Kami anak muda menyeru semua membuang jauh kesombongan dan ego politik kepartian sempit demi masa depan negara. Anak muda menggesa wajib satu lawan satu, ego politik kepartian sempit sehingga menyebabkan lebih satu calon ialah pengkhianatan besar kepada rakyat.

  • Anak Muda bersetuju sidang meja bulat seperti ini akan dijadikan platform gerakan anak muda untuk mencari kebersamaan demi masa depan Sabah dan Malaysia yang dicintai. Dalam masa terdekat ini akan diadakan satu siri latihan anak muda dengan menumpukan latihan hak warga ke arah memperkasakan anak muda Sabah yang lebih berperanan dalam menentukan masa depan sendiri.


Resolusi ini telah dibacakan oleh Boby (Penyelaras SAMM Sabah) dan dipersetujui dengan laungan 'tukarrr!!' oleh 50 anak muda. Selepas ini resolusi ini akan diperturunkan ke seluruh anak muda Sabah melalui perbagai program anak muda.

Sekian

Seketeriat
Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012









antara yang hadir


RM 40 juta hanya sebahagian kecil dari rompakan, Tangkap Musa, Selamatkan wang rakyat Sabah










 IMG-20121215-00174
Sebahagian yang dibenarkan naik ke tingkat 5, Kompleks Kerajaan Persekutuan (mini putrajaya)
yang menempatkan pejabat SPRM Sabah

IMG-20121215-00180




Kenyataan Media
15 Disember 2012

 

Laporan SPRM Terhadap Musa Aman dan Nazri Aziz, SAMM Tuntut Siasatan Baru


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan SPRM terhadap Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman yang didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu.

SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia apabila didedahkan di pelbagai sumber media bahawa anak Nazri iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776. Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG.



Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Dato’ Seri Musa Aman.





Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012 Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.




Namun kenyataan bersumpah Lajim Ukim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri Aziz di Parlimen. Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?




Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, DS Lajim Ukim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, DS Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut. Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah menurut Lajim.




Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta. Pengumuman Nazri Aziz juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.




Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz. Kesediaan DS Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM.

Sekian




Boby Bin Lewat @ Ewat

Penyelaras SAMM Sabah


** Laporan telah dibuat oleh Boby bagi pihak anak muda Sabah dan di iringi oleh lebih 60 orang anak muda.

Monday, December 10, 2012

Ucapan "apa pertikaian dalam pembelian scorpene" di Pekan, Pahang



 

 

 

 

 

 

 

SAMM berjaya mengadakan program jelajah yang dikenali sebagai "Le Tour De Scorpene Scandal" fasa satu. Bermula dari Pulau Pinang - Johor - Pekan Pahang dan Melaka, sambutan hangat di setiap lokasi.

Di bawah ini ialah rakaman ucapan che'Gubard di Pekan Pahang dihadapan hampir 1000 orang.

 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=G8Vzq6uIAnk

Kenapa SAMM tidak terlibat kempen kumpul derma dsbnya utk Palestin ?



 

 

 

 

 

 

Ramai yang tertanya - tanya kenapa SAMM yang sering ke depan dalam banyak isu kelihatan agak terkebelakang sedikit dalam isu Palestin ? SAMM tidak menganjurkan kutipan derma malah ketika pintu Gaza terbuka kenapa SAMM tidak menghantar sukarelawan ke sana ?

Jawapanya mudah, isu Palestin ini ialah isu kekuatan Israel. Bila Israel kuat maka yakinlah Palestin akan terus ditindas. Menghormati semua pihak yang berusaha membantu Palestin termasuk artis yang sanggup terbang ke Gaza. Namun mungkin ramai yang sudah tahu tetapi buat tak tahu, Malaysia negara kita ini ialah antara negara utama menjadi rakan dagang Israel. Bn menjadikan Malaysia sebagai antara penyumbang utama memastikan kekukuhan ekonomi Israel ketika negara yang bukan majoriti penduduk Islam bersungguh - sungguh memboikot Israel.

Keutamaan SAMM kini ialah menghentikan sebarang bentuk perdagangan secara langsung mahupun tidak langsung Malaysia dengan Israel sebenarnya itu lebih membantu Palestin. (sebarkan video di bawah)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zUn8PEcBCm8

 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xh7jRPkJvCw

 

Namun walau bagaimana pun SAMM peringkat negeri banyak yang terlibat aktif dalam usaha kesedaran pembebasan bumi Palestin ini.

Monday, November 26, 2012

Lebih dari 20,000 aktivis Stop Lynas berjaya sampai ke Dataran Merdeka!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama pejuang-pejuang Anti Lynas di sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka..
Dianggarkan lebih dari 20,000 aktivis berjaya meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu..
#stopLynas!



 

Friday, November 23, 2012

SAMM desak Bn batalkan jemputan penjenayah perang

Kenyataan Umum

24 November 2012

SAMM DESAK Bn BATALKAN JEMPUTAN PENJENAYAH PERANG (RAJAPAKSA) KE MALAYSIA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cukup  rasa terhina dan malu sebagai warga Malaysia apabila mendapat tahu regim Bn telah menjemput seorang penjenayah perang yang telah terlibat dalam penghapusan etnik ke Malaysia. Penjenayah Perang yang dimaksudkan adalah, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa yang akan hadir sebagai Tetamu Kehormat Kerajaan Malaysia untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia yang akan diadakan di Johor Bahru dari 4hb Disember sehingga 6hb Disember 2012.















Rajapaksa, Presiden Sri Lanka ini merupakan watak terpenting dalam perang yang mengorbankan lebih daripada 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009. Dokumentari “Sri Lanka Killing Fields” yang diterbit oleh Channel 4, UK telah membongkarkan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Sri Lanka terhadap orang awam berketurunan Tamil yang terperangkap di dalam zon perang di Utara-Timur Sri Lanka. Tentera Sri Lanka sengaja menyerang sasaran awam seperti kawasan Hospital dan kawasan perumahan dengan tujuan untuk membunuh seberapa banyak orang Tamil yang boleh. Tentera Sri Lanka telah menjalankan satu operasi penghapusan kaum – ethnic cleansing semasa penghujung perang di antara Pasukan Tentera dan LTTE pada tahun 2009 itu. Tentera Sri Lanka melakukan segala perbuatan yang kejam itu oleh kerana arahan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Sebagai Komander Utama Tentera Sri Lanka, Mahinda Rajapaksalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kezaliman yang telah dilakukan ke atas orang-orang Tamil di Sri Lanka.

















PULUHAN RIBU ORANG AWAM TELAH DIBUNUH DENGAN KEJAM


Kerajaan Sri Lanka pimpinan Mahinda Rajapaksa telah melanggar segala konvensyen berkaitan dengan hak asasi manusia sejagat dan telah menggunakan segala cara untuk menghapuskan orang-orang Tamil di Sri Lanka. Semasa penghujung perang di antara Tentera Sri Lanka dan LTTE, tentera Sri Lanka telah memerangkap sejumlah orang berketurunan Tamil di dalam “zon keselamatan tertinggi” yang sepatutnya menjadi zon tiada tembakan, dan telah membunuh mereka beramai-ramai dengan mengugurkan bom cluster yang telah diharamkan. Manakala, kerajaan Sri Lanka juga telah memberi tekanan kepada segala pihak ketiga seperti badan-badan bukan kerajaan termasuk ICRC – Persatuan Bulan Sabit Merah Sedunia untuk meninggalkan zon perang, tanpa memberikan apa-apa bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang. Malah, Agensi-agensi UN sendiri telah dipaksa meninggalkan zon perang. Para wartawan telah dihalau keluar, supaya tiada ada saksi untuk segala jenis jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap orang Tamil di zon perang itu. Maklumat ini disahkan oleh satu laporan dalaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah bocor baru-baru ini.  http://www.guardian.co.uk/world/2012/nov/14/report-damns-un-sri-lanka


Pada bulan Jun lepas, Presiden Sri Lanka ini disambut dengan tunjuk perasaan dan dia terpaksa membatalkan program ucapanya di London. Manakala beberapa kes telahpun difailkan ke atas Penjenayah Perang ini di mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat dan United Kingdom. Mana-mana Negara yang mencintakan keamanan dan hormati hak asasi manusia tidak akan mengalu-alukan kedatangan Penjenayah Perang ini. Harus diingat kedatangan Penjenayah Perang ini ke Malaysia akan berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menandatangani Perjanjian Hak Asasi Asean di Cambodia dua hari yang lepas.






















TIADA PERBEZAAN ANTARA MAHINDA RAJAPAKSA, BENJAMIN NETANYAHU & EHUD BARACK


Kerajaan Sri Lanka tiada bezanya dengan rejim Zionis di Israel. Kedua-dua rejim ini dengan angkuh membunuh puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa untuk mencapai matlamat mereka. Tatkala, pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap suara orang-orang Tamil (yang menjadi susur galur keturunan kebanyakan masyarakat India di Malaysia),pada Sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada awal tahun ini masih lagi segar di ingatan orang-orang Tamil Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional sudah bersedia untuk mengkhianati dan melukakan perasaan orang-orang Tamil di Malaysia dengan menjemput Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia. Menjemput Mahinda Rajapaksa adalah sama seperti menjemput Benjamin Netanyahu ataupun Ehud Barack ke Malaysia. Kesemua mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut yang sanggup membunuh orang-orang yang tidak berdosa demi mencapai matlamat mereka.


Sehubungan dengan itu SAMM mendesak Bn agar tidak memalukan negara dengan membenarkan penjenayah perang sekejam Rajapaksa memasuki negara ini.Kerajaan Bn selaku penguasa di Malaysia (buat sementara ini) yang menjadi Tuan Rumah bagi Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-8 yang akan diadakan di Johor Bahru,membatalkan hasratnya untuk menjemput Penjenayah Perang Mahinda Rajapaksa sebagai Tetamu Kehormat.

Jika Bn masih berdegil untuk meneruskan jemputan Rajapaksa ia satu penghinaan terhadap kedaulatan rakyat dan negara ini dan tindakan pekak tidak langsung menghormati suara dan sensitiviti rakyat. SAMMmengajak semua anak muda bangkit menyatakan pendirian dengan berani dan jelas. Batalkan jemputan atau menerima protes jalanraya besar dan hukuman di peti undi dalam PRU yang bakal menjelang.

Tidak membatalkan jemputan akan membuktikan regim Bn ini tidak langsung menghormati atau memahami jalinan sejarah susur galur saudara kita yang sama membentuk Malaysia dan menguatkan hujah regim ini hanya pewaris regim penjajah British meneruskan penindasan dan ketidak pedulian penguasa kepada rakyat yang diperintah, hanya memihak pada jaringan penguasa dan pemodal besar diperbagai negara.

SAMM kini sedang menyusun dan merangkaiankan jaringan anak muda termasuk dibawah gabungan “Tamil Youth Action Force” akan menggerakan anak-anak muda di seluruh Malaysia, untuk berhimpun dan membantah kedatangan “Living Hitler” Mahinda Rajapaksa ke Malaysia.Orang ramai perlu faham isu ini bukan isu orang India (baca; Tamil) semata,ia isu kemanusiaan dan kezaliman yang harus ditentang habis habisan.

Sedia untuk aksi besar bantah kehadiran penjenayah perang dalam masa terdekat !

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan