Wednesday, January 23, 2013

S.A.M.M mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin/muslimat

Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H/24 Januari 2013 kepada semua muslimin/muslimat..

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah..
Sesungguhnya Rasullullah SAW Adalah Contoh Tauladan Sebenar-benar PEJUANG yang harus kita semua contohi..
ALLAHUAKHBAR dan selawat ke atas RASULULLAH..

"Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"

smr

 

Monday, January 14, 2013

[WAJIB TONTON] Klip video SAMM memimpin crowd dari Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru menuju ke Stadium Merdeka #KL112

734044_10151335624203618_595715621_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klip video SAMM memimpin crowd dari Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru menuju ke Stadium Merdeka #KL112.

Video ihsan Malaysiakini.com

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lF_19h1s-3c

Tempat yang sama,sejarah berulang!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tempat yang sama,sejarah berulang!
12 January 2013,tarikh yang telah menjadi sejarah baru buat rakyat malaysia sekalian!
Tarikh Merdeka Rakyat!

sejarah berulang #KL112

12 January 2013 telah mencipta sejarah baru buat malaysia!

#KL112-Himpunan Kebangkitan Rakyat..
12 January 2013 telah mencipta sejarah baru buat malaysia..
Tahniah kepada semua pencipta sejarah..
Biar gambar yang berbicara..
Suara rakyat,suara keramat!
SAMM pencetus fenomena kepada anak-anak muda malaysia! NGAMM!

64516_533345736685238_282467672_n

"AMARAN:TIPU PRU,RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"

Banner TERBESAR yang dilihat di stadium merdeka kelmarin..
"AMARAN:TIPU PRU,RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"
Banner yang dipasang oleh SAMM juga dilihat oleh Dato'Seri Anwar Ibrahim dan beliau membaca ayat yang tertera di banner di hadapan lebih seratus ribu rakyat malaysia di dalam stadium merdeka..


http://www.youtube.com/watch?v=0wnm0AqKqbA&feature=player_embedded

541958_533390630014082_1627155299_n

 

Saturday, December 15, 2012

Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?










akan terbit satu lagi terbitan sensasi SAMM nantikannyadi pasaran


Arkib berita Utusan 23/8/2008
Ramai orang pakat timbulkan persoalan ini apabila towkey karpet Deepak Jaikishan pecah lubang isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang kini berada di luar negara.

Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala -Malaysiakini
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.

Harakah bil 1801
VIDEO l 14.39 mins

Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula-Karpal -Harakahdaily
 Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012













sebahagian dari peserta dalam sidang pleno resolusi










dalam sidang media selepas selesai sidang meja bulat turut serta Jefery (AMK Sabah)

 

Kenyataan Media

16 Disember 2012

SIDANG MEJA BULAT PENGERAK ANAK MUDA SABAH 2012 HASILKAN 3 RESOLUSI

Pada 15 Disember 2012, secara rasminya SAMM Sabah telah dilancarkan. Sempena pelancaran SAMM Sabah telah diadakan satu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 di Lintas View Hotel, Kota Kinabalu. Sidang meja bulat ini telah dihadiri oleh 50 pengerak anak muda dari perbagai latar berlakang organisasi.

Sidang Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Boby Bin Lewat @ Ewat yang bermula jam 12.00 tengahari telah dirasmikan oleh Datuk Kalakau Untul. Kalakau merupakan Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu, bekas Timbalan Menteri Buruh. Dalam ucapan ringkasnya dia mengimbau pengalaman selaku Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun. Beliau menegaskan betapa anak muda harus duduk sendiri berbincang untuk membuat keputusan demi masa depan negara.

Dalam sidang meja bulat pertama yang mengabungkan anak muda dari perbagai latar belakang politik ini telah berlangsung selama 3 jam dengan menghimpunkan pandangan dan idea dari semua pihak. Telah dipersetujui 3 Resolusi penting dalam sidang meja bulat ini iaitu  :


  • menyedari masalah pendatang tanpa izin yang diberi kerakyatan secara 'pintu belakang' menjadi satu masalah utama yang memberikan impak sosial, ekonomi dan keselamatan kepada Sabah secara keseluruhan. Masalah ini bermula dari pada Projek Kad Pengenalan bawah Dr. Mahathir dan kini semakin parah di bawah Najib Razak. Masalah ini ialah konspirasi penguasa kerajaan pusat untuk terus mengawal dan menjadikan Sabah sebagai simpanan tetap untuk kekal berkuasa. Apabila masalah ini mula disedari maka Kerajaan Pusat dibawah Bn berjanji untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja bagi menyelesaikan isu ini. Namun janji tinggal janji. Pada 29 Julai 2012 Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO dan ahli parlimen Tuaran telah istihar diri keluar Bn kerana tututan Suruhanjaya Di Raja isu Kad Pengenalan kepada orang asing tidak dilayan sekali lagi Najib mengulang janji mengumumkan akan diwujudkan Suruhanjaya Diraja. Namun sehingga kini masih tidak tertunai. Sehubungan dengan itu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 dengan ini memutuskan tidak boleh ada PRU ke 13 tanpa menunaikan janji Suruhanjaya Di Raja Isu ini. PRU tanpa Suruhanraya di Raja isu kad pengenalan ini ialah hanya proses untuk menipu dan meragut hak warga Sabah kerana pendatang yang memegang Kad Pengenalan ini sudah didaftar menjadi pengundi dan jumlahnya hampir sama dengan penduduk asal Sabah yang sah. Sidang Meja Bulat hari ini memutuskan jika PRU 13 tanpa RCI maka semua wajib menolak parti yang bersekongkol dengan parti yang menguasai putrajaya (Bn) walaupun parti itu berwajah Sabah kerana mereka bersengkongkol mengkhianati hak warga Sabah

  • pilihanraya umum akan menjelang ini amat penting demi masa depan politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Rakyat Sabah telah ditindas dan diperbodohkan selama 55 tahun maka kami mengistiharkan PRU akan datang ini bukan perlawanan parti politik melawan parti politik tetapi kuasa rakyat melawan Barisan Nasional. Jesteru itu semua parti politik yang melawan Bn wajib sekarang untuk duduk semeja berunding ke arah satu lawan satu. Kami anak muda menyeru semua membuang jauh kesombongan dan ego politik kepartian sempit demi masa depan negara. Anak muda menggesa wajib satu lawan satu, ego politik kepartian sempit sehingga menyebabkan lebih satu calon ialah pengkhianatan besar kepada rakyat.

  • Anak Muda bersetuju sidang meja bulat seperti ini akan dijadikan platform gerakan anak muda untuk mencari kebersamaan demi masa depan Sabah dan Malaysia yang dicintai. Dalam masa terdekat ini akan diadakan satu siri latihan anak muda dengan menumpukan latihan hak warga ke arah memperkasakan anak muda Sabah yang lebih berperanan dalam menentukan masa depan sendiri.


Resolusi ini telah dibacakan oleh Boby (Penyelaras SAMM Sabah) dan dipersetujui dengan laungan 'tukarrr!!' oleh 50 anak muda. Selepas ini resolusi ini akan diperturunkan ke seluruh anak muda Sabah melalui perbagai program anak muda.

Sekian

Seketeriat
Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012









antara yang hadir